Temuduga Terbuka Program TVET dan Diploma Kejururawatan Tajaan Penuh – SESI OGOS 2026
24 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada Ahad, 23 Ogos 2026, telah berlangsung sesi Temuduga Terbuka Program TVET/Vokasional dan Diploma Kejururawatan di NADI Bengoh, Bilik Komputer, bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat, khususnya golongan belia, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang pendidikan, latihan kemahiran dan kerjaya yang ditawarkan.
Pelbagai program pengajian telah diperkenalkan kepada peserta, antaranya Diploma Kejururawatan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Diploma in Healthcare Management, Elektrikal Tahap 2 dan 3, Automotif Tahap 2 dan 3, Sistem Rangkaian Komputer Tahap 3 serta Operasi Sistem Komputer Tahap 3. Peserta juga berpeluang mendapatkan penerangan secara langsung mengenai syarat kemasukan, bidang pengajian dan peluang kerjaya.
Antara kelebihan program yang ditawarkan termasuk elaun bulanan sehingga RM600, kemudahan asrama dan uniform percuma, serta peluang mendapatkan tajaan yuran pengajian penuh melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Bagi program Diploma Kejururawatan, turut ditawarkan peluang tajaan penuh daripada pihak hospital kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan.
Penganjuran program ini diharap dapat membantu masyarakat setempat mendapatkan akses kepada maklumat pendidikan dan latihan kemahiran, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada golongan belia untuk melanjutkan pelajaran serta membina kerjaya yang lebih cerah pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: